Posts

KEPERCAYAAN ALAM GHAIB

Fahaman Allah itu alam ghaib adalah suatu pemikiran yang menyeleweng daripada kebenaran. Kefahaman seperti ini boleh jadi kerana tidak dapat membezakan takrif alam dan makna bagi ghaib. Para ulama menjelaskan bahawa perkara ghaib itu ialah perkara yang tidak dapat dicapai dengan pancaindera.  Kita dituntut untuk beriman dengan perkara ghaib seperti yang difirman oleh Allah dalam  surah al-Baqarah ayat 2  yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib."   Berdasarkan kefahaman ini, maka para ulama membahagikan alam itu kepada dua iaitu alam musyahadah dan alam ghaib. Alam musyahadah adalah seluruh makhluk yang dapat dicapai atau dicerap dengan pancaindera seperti manusia, binatang, bumi, matahari dan lain-lain. Manakala alam ghaib pula adalah seluruh makhluk yang tidak dapat dicerap dengan pancaindera iaitu malaikat, jin, ruh dan lain-lain. Allah tidak termasuk alam ghaib kerana Allah bukan makhluk.  Kebatilan aqidah Allah di luar alam  Allah...
Recent posts