33.PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Perjanjian Hudaibiyah (berlaku pada Zulkaedah Tahun ke-6 Hijrah/628 Masihi) adalah perjanjian damai penting antara Rasulullah SAW dan musyrikin Quraisy Mekah. Ia dinamakan sempena lokasi ia dimeterai, iaitu di Lembah Hudaibiyah. Perjanjian ini membawa keamanan sementara selama 10 tahun dan pembukaan jalan besar untuk perkembangan Islam.

Berikut adalah butiran utama perjanjian tersebut:

Gencatan Senjata: 
Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menghentikan peperangan selama 10 tahun.

Tangguh Umrah: 
Umat Islam tidak dibenarkan memasuki Mekah pada tahun perjanjian itu ditandatangani, tetapi dibenarkan pada tahun berikutnya selama tiga hari dengan syarat hanya membawa pedang bersarung.

Syarat Pemulangan: 
Orang Mekah yang lari ke Madinah tanpa kebenaran penjaga/keluarga mesti dipulangkan, manakala orang Madinah yang lari ke Mekah tidak perlu dipulangkan.

Kebebasan Bersekutu: 
Mana-mana kabilah Arab bebas memilih untuk berpihak kepada Islam atau Quraisy tanpa halangan.

Walaupun pada zahirnya syarat perjanjian tersebut dilihat berat sebelah dan seolah-olah merugikan umat Islam, ia terbukti sebagai satu Kemenangan Perjanjian Hudaibiyah besar. 

Tempoh damai ini membolehkan dakwah Islam berkembang dengan lebih meluas tanpa gangguan, membawa kepada Pembukaan Kota Mekah pada tahun 8 Hijrah. 

Sebab Berlakunya Perjanjian.

Rasulullah bersama-sama 1400-1500 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka Urwah bin Mas’ud At Thaqafi datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah.

Setelah Urwah pulang ke Mekah dan memberitahu niat dan tujuan Nabi Muhammad dan pengikutnya datang untuk mengerjakan haji maka pihak Quraish tidak membenarkan mereka masuk ke Kota Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk berunding dan menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar kepada "Baiah Ar Riduan" untuk menuntut bela atas kematian Uthman bersama-sama Rasulullah di bawah sebatang pokok. 

Kedengaran Kaum Quraish tentang baiah tersebut, kaum Quraish menjadi takut dan telah menghantar utusan mereka iaitu Suhail bin ‘Amru untuk membuat perjanjian damai. Oleh sebab nama perjanjian itu dinamakan di atas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah". 

Perjanjian ini dilihat tidak adil dan berat sebelah oleh pengikut rasulullah SAW, mereka tidak berpuashati dengan isi perjanjian dan orang yang paling keras membantah ialah Sayyidina Omar Al Khattab sehingga beliau ditenangkan dan diterangkan oleh rasulullah,akhirnya Sayyidina Omar menerima hakikat yang mereka mesti kembali ke Madinah dan datang pada tahun hadapan.

Sayyidina Omar adalah orang terakhir yang bertahallul keluar dari ihram,Sebagai seorang Rasul dan utusan Allah,Nabi membuat keputusan dipandu oleh wahyu dari Allah SWT dan beliau mempunyai pandangan yang jauh dan penuh hikmah.

Ketika hampir tiba di perbatasan Madinah maka Allah SWT telah menurunkan ayat dari Surah Al Fath memberitahu tentang kemenangan Islam yang hampir tiba dan pada tahun hadapan Rasulullah saw dan pengikutnya memasuki Kota Mekah dengan aman tanpa tentangan dan korban jiwa di kedua-dua belah pihak.


No comments:

Post a Comment

KEPERCAYAAN ALAM GHAIB

Fahaman Allah itu alam ghaib adalah suatu pemikiran yang menyeleweng daripada kebenaran. Kefahaman seperti ini boleh jadi kerana tidak dapat...