6 ALIRAN NAQSYABANDIYAH

1. NAQSYABANDIYAH AL-ALIYYAH

2. NAQSYABANDIYAH-KHALIDIYYAH

3. Naqsyabandiyah Mujaddidiyyah

4. Naqsyabandiyah Mazhariyyah

5. Naqsyabandiyah Ahrariyyah

6. Qadiriyyah wa Naqsyabandiyyah



Dari sudut nisbah kerohanian, Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah merupakan gabungan dua nisbah iaitu nisbah `Alawiyyah (nisbah kepada kerohanian Sayyidina `Ali ibn Abi Talib k.w.j.) yang kemudiannya membentuk aliran sufiyyah dipelopori Shaykh Junayd al-Baghdadi.

Nisbah Siddiqiyyah (nisbah kepada kerohanian Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq r.a.) yang kemudiannya membentuk aliran malamatiyyah dipelopori oleh Shaykh Abu Yazid al-Bistami r.a. 

Ia adalah gabungan aliran suluk (mujahadah dan riyadah) yang menjadi asas perjalanan tarekat Qadiriyyah dan aliran jadahbah yang menjadi asas perjalanan tarekat Naqshabandiyyah. 

Hakikat ini terserlah antara lain pada bentuk zikir jahr Qadiriyyah yang memperlihatkan unsur keterbukaan dan kekuatan semangat serta hemah yang tinggi, dan bentuk zikir khafi Naqshabandiyyah yang memperlihatkan unsur sembunyi (tertutup), merasai kefaqiran dan kelemahan diri dan juga harapan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment

KEPERCAYAAN ALAM GHAIB

Fahaman Allah itu alam ghaib adalah suatu pemikiran yang menyeleweng daripada kebenaran. Kefahaman seperti ini boleh jadi kerana tidak dapat...