Tarekat memberikan penekanan khusus kepada amalan zikir.
Prinsip-prinsip zikir dan perkara yang berkaitan dengannya dalam tarekat ini dapat ditemui dalam sebelas perkataan Parsi iaitu Hush Dar Dam, Nazar Bar Qadam, Safar Dar Watan, Khalwat Dar Anjaman, Yad Kard, Baz Kasht, Nakah Dasht, Yad Dasht.
Ianya dinisbahkan kepada pengajarnya Syeikh Abd al-Khaliq al-Ghujdawani. Manakala 3 lagi iaitu wuquf adadi, wuquf zamani dan wuquf qalbi adalah dinisbahkan kepada pengajaran Syeikh Muhammad Baha’ al-Din. Kebanyakan zikir dilakukan secara khafi (sirr).
Dalam Tarekat Naqsyabandiyyah terdapat dua jenis utama iaitu zikir individu yang terdiri dari zikir Lata’if dan Nafy Ithbat dan zikir berjamaah iaitu zikir Khatam Khujakan yang terdiri daripada bacaan al-Fatihah, selawat, surah Insyirah, surah al-Ikhlas, dan kemudian selawat dengan susunan dan jumlah tertentu.

No comments:
Post a Comment