TIGA JENIS MURAQABAH

Muraqabah bermaksud tilikan atau tumpuan hati secara berterusan terhadap Allah serta menunggu limpahan kurnia dariNya. Ianya dilakukan sehingga menjadi satu sifat yang sebati dengan dirinya. 

Ahli Tarekat Naqsyabandiyyah menjelaskan bahawa muraqabah merupakan satu cara tersendiri dalam mencapai hakikat insan, namun ia tidak dapat dilaksanakan sebaik-baiknya kecuali setelah zikir menjadi mantap. 

Berterusan melakukan muraqabah membawa kepada tercapainya musyahadah. Dalam Tarekat Naqsyabandiyyah terdapat beberapa jenis muraqabah yang diamalkan dan menjadi asas bagi muraqabah-muraqabah itu iaitu Muraqabah Ahadiyyah, Muraqabah Ma‘iyyah dan Muraqabah Mutlaq.

No comments:

Post a Comment

KEPERCAYAAN ALAM GHAIB

Fahaman Allah itu alam ghaib adalah suatu pemikiran yang menyeleweng daripada kebenaran. Kefahaman seperti ini boleh jadi kerana tidak dapat...